Wednesday, July 23, 2014

CARA NAK BERJAYA DI SISI ALLAH

Surah al-Mu’minun (Orang Yang Beriman) : Ayat 1-11

Bismillahi al-Rahmani al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 

23-1:  Sesungguhnya beruntunglah/berjayalah orang yang beriman. 
23-2:  (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. 
23-3:  Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia. 
23-4:  Dan orang yang menunaikan zakat. 
23-5:  Dan orang yang menjaga kemaluannya. 
23-6:  Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.
23-7:  Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas. 
23-8:  Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. 
23-9:  Dan orang yang memelihara solatnya.
23-10: Mereka itulah yang akan mewarisi, 
23-11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus.  Mereka kekal di dalamnya.


Inilah sebenar-benar kejayaan yang telah Allah gariskan sebagai panduan kita orang Islam yang beriman. Dan ini lah juga ciri-ciri mereka yang akan mewarisi syurga Firdausi yang sentiasa menjadi idaman kerana syurga ini syurga tertinggi. Marilah kita mengusahakan agar menjadi mukmin yang berjaya di sis Allah dan lupakan makna kejayaan di mata manusia.. Ingat, "SEMUA ORANG BERIMAN ITU ISLAM, TETAPI TIDAK SEMUA ORANG ISLAM ITU BERIMAN!" pilih lah nak yang mana....???

No comments:

Post a Comment